Thursday, January 15, 2009

Pusat Operasi Remaja Padu


PUSAT OPERASI REMAJA PADU (PORP)


LATARBELAKANG

Kertas ini akan membincangkan mengenai penubuhan sebuah pusat yang akan menjadi ‘hub’ kepada PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PEMBANGUNAN program remaja di Kawasan Rukun Tetangga dan juga dipersekittaran KRT .

Dalam keadaan pembangunan Negara yang amat cepat, indeks jenayah meningkat serta gaya hidup sebilangan golongan remaja yang kian membencatkan scenario social masa kini. Walaupun terdapat beberapa pusat yang dikelolakan oleh Kerajaan dan NGO yang bertindak sebagai pusat pertemuan remaja, namun ianya tidak mencukupi untuk menampung keperluan sebenar komuniti remaja yang kian banyak jumlahnya. Sehubungan itu, remaja kian berpeleseran di merata tempat termasuk di kompleks membeli belah dan taman-taman.

Bertitik tolak dari keadaan ini, maka sebuah Pusat / Hub sebagai sebuah pusat yang menekankan kepada disiplin, komitmen dan kecergasan sebagai asas dalam program / aktiviti / latihan boleh dijadikan sebagai satu wadah untuk membentuk serta mendidik golongan remaja kearah scenario yang lebih konstruktif dan ‘social driven’.


RASIONAL PUSAT

Di negara maju yang lain, peranan pusat yang sedemikian amat ketara memberi impak positif khasnya kepada komunti setempat. Ini adalah kerana pusat-pusat tersebut tidak terpengaruh dengan aktiviti rasmi yang selalunya membosankan para remaja umum. Disamping itu, pusat sedemikian dikelolakan oleh remaja untuk remaja .

Sehubungan potensi ini, dicadangkan bahawa sebuah pusat operasi akan diwujudkan di KRT Taman Sri Muhibbah, Kuching, Sarawak untuk mencapai aspirasi murni diatas.

Pusat ini lebih bersifatkan ”pusat operasi” remaja kerana disinilah mereka akan diberi pendedahan , maklumat dan bimbingan mengenai banyak perkara yang memberi kesan khusus kepada kehidupan sehari-hari mereka. Ianya bukan bersifat aktiviti/ rasmi yang agak mengekang kreativiti dan keperluan hiburan mereka.

Selain pusat operasi, mereka juga akan diberi peluang untuk mempelajari beberapa kemahiran asas kehidupan( basic life skills) seperti bagaimana untuk masak makanan ringan, bagaimana untuk menulis surat permohonan kerja dan sebagainya.

1. LOKASI
Dari aspek lokasi , sebuah rumah kedai dalam KRT Taman Sri Muhibbah beralamat , SARA MEWAH ENTERPRISEFIRST FLR SL.4 LOT 25 BATU 13 JALAN KUCHING / SERIAN 93250 KUCHING Batu 13, Jalan Kuching - Serian telah di sewa dan telah diubah suai untuk menampung kesesuaian dan perkhidmatan yang bakal diberikan. Premis tersebut mudah didatangi oleh semua remaja kerana ianya terletak ditengah-tengah 2 buah KRT iaitu KRT Taman Sri Muhibbah dan KRT Batu 12 dan juga berdekatan dengan Pekan Siburan serta Bandar Serian. Ini adalah kerana lokasinya yang sangat strategik dan ‘user friendly’, sangat kondusif bagi menubuhkan pusat ini. Disamping itu, infrastruktur asas yang terdapat di pusat ini juga baik dan mampu menempatkan remaja.

2. TENAGA MENTOR

Pusat ini akan dikendalikan oleh Mentor-Mentor yang bertauliah dan berkaliber. Sila rujuk lampiran tenaga mentor.

3. SOKONGAN DAN VISI

Dengan adanya visi yang jauh saya percaya bahawa pusat ini bukan sahaja boleh ditubuhkan malahan , akan menghasilkan remaja-remaja yang berdaya maju untuk menyertai program aktiviti belia peringkat Bahagian, Negeri mahupun Kebangsaan.

Sokongan mantap oleh setiap organisasi belia juga akan menjadi pemangkin terhadap pencapaian matlamat murni ini.

4. PERTAMA DALAM BIDANG (FIRST MOVERS ADVANTAGE)

Penubuhan pusat ini akan menjadikan Bahagian Kuching sebagai bahagian yang pertama di Negeri Sarawak dan juga pertama di peringkat kebangsaan yang pertama sekali mengorak langkah untuk merealisasikan aspirasi murni ini.

5. PEMBENTUKAN IMEJ POSITIF

Dengan penubuhan pusat ini serta penekanan kepada aktiviti berdaya maju dan berdisiplin tinggi , ini akan merubah persepsi umum mengenai tahap disiplin remaja dalam sesebuah kawasan perumahan ataupun taman ( khasnya dari latar belakang sosio ekonomio sederhana) . Usaha untuk merubah stigma ini akan memberi nafas baru khasnya dalam pembentukan imej positif Remaja dan juga Belia.

PROGRAM

Program yang akan dijalankan dipusat ini adalah berbeza dari program / aktiviti yang dijalankan dipusat / yang lain. Ini adalah kerana pengembelengan tenaga berpengalaman dan bertauliah dari ‘luar’ akan dibuat agar pembangunan serta aktiviti remaja akan terkawal selia dengan baik serta pencapaian mereka boleh diukur. Seperti kata-kata oleh Tom Peters, ‘what you can measure, you can achieve’. Kata-kata tersebut akan menjadi salah satu pedoman dalam merangka pelaksanaan aktiviti kepada semua remaja.

Pendekatan ‘ outreach’ dan ‘outsourcing’ akan diterapkan dalam pelaksanaan program di pusat. Ini adalah kerana aspek ini adalah satu elemen yang kritikal , jika kita ingin melahirkan remaja yang berdaya maju. Maksudnya disini adalah , Mentor Pusat ini akan sentiasa ’outreach’ kepada remaja khasnya dikawasan ini . Berbekalkan mentaliti dan komitmen untuk mencapai kepada remaja, maka fokus pusat ini adalah remaja sebenar dan bukan remaja ’baik-baik’ sahaja .

Sebagai rancangan jangka panjang , program pembangunan yang lestari juga akan dijalankan. Ini bermaksud, disamping melatih remaja dengan kemahiran asas hidup. mereka juga akan didedahkan dengan elemen kepimpinan dan tanggungjawab dimana sebahagian mereka akan juga dilatih menjadi Mentor Sokongan.

Setiap Mentor serta remaja akan didedahkan dengan satu sistem penyampaian (delivery system) yang bersepadu. Ini bermaksud setiap Mentor serta remaja akan mempunyai matlamat pasukan, matlamat, sendiri dan matlamat negara . Ini seterusnya akan membantu mereka untuk merancang dan melaksanakan program / aktiviti / latihan yang mencabar tetapi realistic.

PELAKSANAAN
Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat, Ini adalah kerana setiap program / aktiviti yang dilaksanakan haruslah dipantau serta dikaji pada setiap tahap pelaksanaan. Sila rujuk lampian 2 bagi melihat Perancangan Pelaksanaan

IMPAK YANG DISASAR
Kesan yang disasarkan dikategorikan dalam 2 jangkamasa utama;

1. Jangkamasa Pendek ( 3 bulan – 2 Tahun )
v Kesan / impak yang diharap adalah Pusat ini akan mempelbagaikan dan memperbanyakkan jenis aktiviti berasaskan pembangunan diri, disiplin tetapi seronok.

v Pusat akan mula menyediakan kumpulan sasar menjadi remaja berdaya maju untuk membantu jabatan sebagai fasilitator, tenaga pelaksana untuk organisasi belia dan menjalankan aktiviti besar mereka.



2. Jangkamasa Panjang ( 2 Tahun – 5 Tahun )
v menjadi ‘hub’ kepada organisasi belia dalam kawasan Bahagian Kuching untuk membangunkan program remajamereka
v mampu melahirkan pemimpin akar umbi atau pemimpin situasi
situational leaders . ini akan memberi impak postif berpanjangan kepada Program Jiran Muda, Rakan Muda dan belia secara keseluruhannya.
v Pembangunan remaja akan menjadi lebih diterima ibubapa kerana ada dan nampak kejayaan
v Membentuk peribadi remaja dan kemampuan diberbagai bidang

PEMBANGUNAN REMAJA
Aspek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan seseorang yang akan menghadapi cabaran hidup (contohnya lepas peperiksaan PMR, SPM STPM dan sebagainya) Pembangunan akan berfokuskan kepada:

PHYSICAL
· Fitness & Conditioning
· Nutritional
· No Drugs Attitude
· No Smoking Attitude

MENTAL
· Lifestyle
· Stress and Burn Outs

KEMAHIRAN
· Living Skills
· Social Skills
· Program Planning, Implementation Skills


MOTIVASI
· Team Building / Team Goal Setting
· Leadership and Self Motivations
· Discipline & Commitment

PENGURUSAN LATIHAN SISTEMATIK
Pusat ini akan menguruskan semua aspek pengurusan dan pembangunan . Satu pengkalan data remaja di kawasan terbabit akan direka dan dikendalikan oleh Pusat ini. Ini bertujuan untuk memberi input kepada mentor dan remaja agar mereka lebih bersedia sebelum program / aktiviti diadakan.

BARISAN MENTOR
Memandangkan kesan yang ingin dicapai adalah agak tinggi namun ianya tidak mustahil, Dengan kerjasama, sokongan serta semangat esprit de corps yang tinggi dan konsisten, sasaran program ini akan tercapai. Berikut adalah barisan jurulatih yang dicadang untuk mengendalikan program ini.
Bil
Nama
Pengkhususan
Tanggungjawab & Latarbelakang
1
Encik Henry Garet
Pengurusan
Mengendalikan aspek pengurusan secara holistic pusat serta akan bertanggungjawab terhadap perjalanan pusat dan publisiti
- Jurulatih RMJM
- banyak membantu Jabatan Belia dan Sukan serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional dalam mengendalikan program remaja
2
Cik Angie Garet
Pembangunan dan Kaunseling Remaja
Menguruskan hal latihan dan pembangunan dan kaunseling secara total dan memastikan memberi impak positif kepada remaja

Pensyarah psikologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Sarawak
3
En. Asshari Ally Hussein
Motivasi dan Latihan
Memberi pendedahan kepada kepimimpinan diri remaja

Guru Besar SK Ong Tiang Swee


PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH PUSAT

Pusat ini bertindak sebagai satu wadah untuk remaja bertemu dan menjalankan apa sahaja aktiviti yang tidak boleh dibuat luar rumah ( untuk mengelakkan penyelewengan , aktiviti harus dibawah pengawasan mentor)

Berikut adalah sebahagian dari perkhidmatann yang ditawarkan di pusat ini.


Aktiviti

Pelaksanaan program/aktiviti JPNIN, JBS dan mana-mana entity sosial lain yang relevan dengan remaja.

Kemahiran

Sesi-sesi kemahiran membaiki peralatan ringkas rumah, masakan, tanaman bunga dan sebagainya akan dikelolakan setiap minggu. Disamping itu, pusat juga akan menjempuat agensi-agensi relevan remaja untuk memberi taklimat dan perkhidmatan contohnya BOMBA, JPJ dan lain-lain.


Kaunseling dan Runding Cara Masalah Remaja

Kaunselor bertauliah boleh dihubungi dan berjumpa secara persendirian dipusat ini sebagai bantuan sokongan kepada remaja bermasalah tampa bayaran.


Pusat Sumber Perkhidmatan Kerajaan

Borang seperti UPU , IPTS , Jabatan Tenaga Kerja dan sebagainya (kerana tempat ini jauh dari pusat bandaraya Kuching) .

Pusat perlindungan sementara ( kurang 24 jam )

Menempatkan sementara remaja yang lari , bermasalah. Mangsa dera, rogol dan sebagainya dari rumah sementara menunggu jabatan Kebajikan atau agensi relevan mengambil mereka

Pusat Ilmu remaja

Keratan akhbar mengenai maklumat penting berkaitan remaja, pekerjaan , tawaran Biasiswa, pelajaran dan sebagainya melalui Papan kenyataan dan kemudahan Internet.

Untuk sementara waktu 6 buah komputer telah ditempatkan dipusat ini untuk kegunaan sesiapa sahaja dengan syarat seorang penggunan hanya menggunakan maksima 1 jam saja jika permintaan ramai. Memandangkan pusat ini bukan cybercafe dimana pengguna remaja tidak dibenarkan sukahati melayari apa-apa website, atau bermain permainan siber , maka Kadar dikenakan adalah minima (RM 2.50 sejam jika bukan kerja sekolah)

Namun demikian, jika ada remaja yang ingin mengunakan komputer untuk cetakan atau membuat kerja rumah , mereka akan dibenarkan menggunakan komputer dengan kadar minima sahaja (RM 1.50 sejam).

Indoor Games

Pusat ini akan dibekalkan dengan permainan-permainan dalam seperti Karom, Chess, Monopoly, Saidina, Scrabble , Play Station dan sebagainya. Ini bertujuan sebagai riadah kepada remaja.

Permainan akan dibuat secara sirkit dimana pertandingan akan dijalankan dan pada setiap bulan akan ada seorang pemenang yang mana gambar dan namanya akan diletakkan di ‘ Youth Hall Of Fame’ mengikut kejayaan masing-masing.

Sudut Bacaan

Bacaan Akhbar , Buku Rujukan, Buku Novel (2nd Hand Books) , Majalah dan sebagainya.

Khidmat-khidmat lain akan menyusul dengan keperluan yang timbul.

IMPLIKASI KEWANGAN

Pusat ini akan sepenuhnya bergantung kepada mentor-mentor yang menjalankan kerja sosial secara sukarela. Namun demikian, ada baiknya pihak kerajaan ataupun NGO perlu membantu dalam apa juga perkara yang relevan dengan perjalanan pusat ini memandangkan sokongan dan bantuan yang dibuat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
HENRY AK GARET
No. Tel: 0135643885

No comments:

Post a Comment