Friday, February 8, 2013

4 Kesan Ketara Akibat Dari Banyak Berfikiran Negatif

Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif. Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan - mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak rugi. Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi. Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang. Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul. Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah. Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif - tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapaun tak suka berkawan dengan Anda dan tak siapa mahu menolong anda bila Anda dilanda kesusahan. Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.

Leka Jaku Silup

JAKO PEMUKA (Nitih ka iya ke ditulis dalam Bup Ensera ADI PAU tu) Aku ke ngusai ka jerita Ribai Datai ari Gilik Tasik Besai Alun bungai gigi gumbang. Ukai ati bisi beseni lain asai Ukai mantah besalah jalai. Tang laban deka ngingat Ka urat jerita tuai Deka ngayan ka leman asal kitai Awak ka bisi dipelemati ka sida kedudi Lalu ka penemu sida rebak baru Ka sulu pemandai bukai. Aku ke ngading ka Keling Ngara ka sida Laja Ngerintai sida Sempurai Enggau samoa bala bukai Ke di Menyaung Rabong Gegiai Lendat dibiau jila isang. Ukai ati aku beseni bisi bingking Betambah salah jai runding. Tang deka mansut ka iya ba bup Deka ngeleka ka iya ngena angka Ngambi ka bisi dibacha samoa orang Aku ke ngenang sida Kumang Ngitong sida Lulong Enggau samoa bala bukai Ke di Tigong Gelong Batu Besundang Ukai ati aku beseni udu changka Ukai sumbong panggong enda bebasa Ukai mejah mantah nama. Tang awak ka bisi pematak Sida ka anembiak mansang sekula, Lalu ka peransang orang belajar macha, Lalu ngelala guna penemu tuai. Nya alai aku minta ampun Ngagai samoa kita ka kena Sebut ensera tu. Enti jako tu bisi salah ulu Anang guai lalu nganu Tang beri aku penau penemu ngereja. Enti reti bisi salah munyi Anang lalu begedi ati, Tang beri aku pemereti luar kekira. Enti sipat iya bisi salah anggap Anang guai lalu ringat Tang ajar bejimat jalai bebasa. Enti selit bisi salah mimit Anang guai lalu michit, Tang beri kami beruru batu pengait beruit Awak ka sama betarit tarit ngaga Ensera……

Self Power Motivation

Wednesday, February 6, 2013

Kita gagal sebab kita disuruh berjaya

Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap. Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati. Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar. Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai betul-betul menjadi. Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan. Setiap orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap, untuk kita genggam di dalam tangan kita. Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat lelah. Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling Anda, kita leh nampak ada banyak orang camni. Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ’shortcut’ atau jalan pintas. Anda kena berusaha keras. Anda kena menempuh kegagalan, barulah Anda beroleh kejayaan. Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik Anda menjadi dekat dengan kejayaan. Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh kejayaan. Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya yang jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang ‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.