Saturday, January 14, 2012

Wednesday, June 15, 2011

Maafkanlah, Walau Sebesar Mana Salahnya

Mudahkan memaafkan seseorang?

Susah. Anda susah nak memaafkan seseorang kerana Anda di dorong oleh ego. Ego di pula di api-apikan oleh nafsu. Nafsu pula di api-apikan oleh bisikan syaitan. Syaitan ni musuh khalifah Allah yang paling nyata.
Jika Anda mendahulukan Tuhan dalam apa jua yang Anda lakukan, pasti Anda berani memaafkan, walau sebesar manapun kesalah seseorang pada Anda. Tak ada guna menyimpan dendam pada sesuatu yang sudah berlaku di masa lalu.
Dendam dan sakit hati menghalang Anda dari maju. Sekuat manapun usaha Anda, jika masih ada dua perasaan ni (dendam dan sakit hati) kemajuan yang Anda capai tak akan berkembang.
Dendam menyemarakkan ego kita, sebab Anda tak akan puas hati selagi orang tu tak lutut meminta maaf pada Anda atau selagi orang tu tak susah hidupnya.
Apabila Anda berbuat kesusahan pada seseorang, maka akibatnya Anda akan dibalas kesusahan, bahkan mungkin kesusahan lebih berat hingga Anda merasa sungguh menyesal.

Punyai Impian dan Matlamat yang besar

Mempunyai impian merupakan suatu perkara yang penting. Manakala mempunyai impian yang besar merupakan suatu perkara penting lain yang amat penting. Anda boleh mempunyai impian, tetapi jika impian itu tidaklah sebesar berdasarkan kemampuan anda, ia melemahkan anda sebenarnya. Kemampuan anda yang sebenarnya tidak dapat ditonjolkan.Ia membunuh anda perlahan-lahan.
Mengapa? Matlamat yang besar membuat diri anda teruja. Matlamat yang besar membuat kehidupan anda bermakna. Anda mempunyai sesuatu untuk dicapai. Ia memberi tenaga kepada anda untuk bangun setiap hari. Majoriti jutawan hari ini adalah mereka yang mempunyai impian yang besar. Mereka hanya tidur sekitar 4-6jam sehari. Mereka bukanlah terikat dengan wang. Tetapi mereka seronok apabila melakukan dan mengecapi impian mereka.
Duit mungkin perkara penting, tetapi ia bukanlah senarai penting yang berada dalam senarai paling atas keutamaan mereka bangun awal. Mereka seronok dan gembira unutk mengejar impian mereka. Mereka teruja denga impian yang besar.
Matlamat besar juga membuat hidup anda lebih baik. Contohnya, jika anda tidak berjaya menembak “bulan”, sekurang-kurangnya akhirnya ia akan menembak bukit. Ataupun jika bukan bukit, ia akan berjaya menembak pokok, dan jika bukan pokok yang mengena, anda mungkin berjaya menembak binantang. Pada akhirnya anda akan akan tetap mendapat hasil.
Jadi, punyailah impian dan pastikan impian itu besar. Walaupun mungkin kelihatan terlalu besar, saya pasti ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak siapa tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Andalah perlu merencanakannya

What Do You Think

BARTENDER